Tuesday, April 7, 2009
Thursday, April 2, 2009
the truth is out there..

Shahrir serah surat letak jawatan hari ini
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri Kabinet kepada Perdana Menteri hari ini.
Beliau berkata, surat berkenaan sudah disiapkan kelmarin dan akan diserahkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mesyuarat Kabinet.
"Saya tiada sesalan sepanjang menjawat jawatan ini, sebaliknya saya gembira. Apa yang penting saya berjaya mengubah kementerian yang sebelum ini lebih dilihat sebagai badan penguat kuasa semata-mata.
"Kini kementerian ini dilihat bercirikan ekonomi di samping pendekatannya mesra pengguna. Ini (peletakan jawatan) adalah perkara biasa dalam parti apatah lagi bila saya menetapkan prasyarat berada dalam Kabinet adalah sokongan ahli parti.
"Apabila menteri Kabinet gagal dalam pemilihan, sama ada mereka (menteri) akan digugurkan atau meletak jawatan, itu saja. Amalan ini bukanlah satu yang ganjil kerana sejak di zaman Tun Abdul Razak pun ia sudah diamalkan," katanya di lobi Dewan Negara, semalam.
Khamis lalu, Shahrir yang gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno, memutuskan melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet.
p.s : patah tumbuh hilang berganti
Saturday, February 14, 2009
petua..

dari pandangan perubatan moden, tidak ada kaitan antara pengambilan makanan atau minuman sejuk dengan ketegangan zakar atau kemungkinan ia boleh mempengaruhi prestasi. Ini kerana proses ketegangan zakar berlaku akibat pembesaran saluran darah ke zakar. Ia dicetuskan dari rangsangan fizikal atau mental. Selain itu, proses ketegangan zakar juga dipengaruhi sistem saraf dan hormon. Bagaimananapun, jika saudara mengambil minuman beralkohol dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menjejaskan ketegangan zakar secara tidak langsung. Ini kerana minuman beralkohol akan menurunkan tahap konsentrasi saudara. Mengikut kajian perubatan moden pula, tidak ada bukti kukuh yang mengatakan beberapa jenis makanan atau minuman yang dikenali sebagai 'aphrodisiacs' dapat meningkatkan prestasi hubungan seks seseorang lelaki.
Thursday, February 5, 2009
lompat si katak lompat..

Thursday, January 29, 2009
jentayu..

sekadar untuk tatapan..
video ni cuma untuk kengkawan..mana tau ada yg belum tgk lg..dgr betul2 suara yg kedengaran..sebijik mcm broery marantika..biarlah bulan bicara sendiri..biarlah bintang kan menjadi saksi..
Wednesday, January 28, 2009
Ooo..bama..
