Saturday, July 21, 2012
Outcome vs Output
Pelbagai gred menggambarkan jenis tugas dan fungsi yang berlainan bg setiap jawatan. Gred lebih rendah menjalankan tugas yg lebih menjurus kepada pelaksanaan dan gred lebih tinggi harus diberi tanggung jawab terhadap tugas yg memerlukan pemikiran yg kritikal, kreatif dan inovatif. Beban tugas harus diletakkan pada tempat yang sewajarnya supaya organisasi akan dapat hasilcyg optimum drpd pegawai. Multitasking perlu dibezakan drpd tugas hakiki. Tugas hakiki memerlukan pembahagian tugas yg lebih terperinci berbamding tugas lain yg diperlukan. Fungsi dan peranan pegawai diberikan fokus untuk mencapai sasaran kerja yang ditetapkan untuk mengelakkan penekanan hanya diberikan kepada output berbanding outcome. Hasil drpd sasaran kerja adalah lebih penting drpd sasaran kerja itu sendiri. Sekiranya hasil diletakkan semata-mata ke atas bilangan dan nombor, pasti kesan dan impak yang sepatutnya tidak dapat diperolehi. Dari sudut agama, adakah dengan menunaikan solat 5 waktu yg diwajibkan memadai? Ataupun hasil dan kesan drpd menunaikan solat adalah lebih penting? Atau mensasarkan tugasan berasaskan bilangan lebih penting drpd hasil tugasan yg disasarkan?
Subscribe to:
Posts (Atom)