Friday, November 28, 2008

ada apa dengan yoga..


Isu yang masih hangat dipertikaikan kewarasan tindakan yang diambil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan yoga kerana mengandungi unsur-unsur mantera dan pemujaan serta memesongkan akidah. Tapi kenapa masih ramai yang menyuarakan pendapat dan rasa kurang senang dengan fatwa tersebut sedangkan perkara tersebut telah diputuskan dan umat islam khususnya ada yang turut sependapat dengan yang bukan islam. Persoalannya kenapa?

Dalam akhbar Mingguan Malaysia sisipan kesihatan pernah menyiarkan faedah-faedah solat yang turut dijalankan oleh ilmuwan bukan islam, ada merungkaikan faedah solat dari segi fizikal dan rohani yang juga turut secara tidak langsung bertindak sebagai senaman bagi umat islam. Perkiraan mudah..solat wajib sahaja sudah mempunyai 17 rakaat dalam sehari, belum ditambah dengan solat-solat sunat yang merupakan pelengkap kepada solat-solat wajib tersebut. Jadi kenapa perlunya umat islam khususnya `membela’ nasib yoga tadi..kenapa pula tidak memilih untuk melakukan senaman lain seperti taichi yang tidak diharamkan? Mengapa masih memilih yoga?

Jika melihat amalan solat dari perspektif kajian saintifik, kombinasi amalan solat dan berpuasa mampu memberikan impak yang setara dengan amalan senaman dan berdiet terhadap kesihatan. Hasil kajian ini dibuktikan kumpulan penyelidik daripada Universiti Malaya. Mereka telah menjalankan kajian bagi solat fardu dan tarawih terhadap komposisi badan manusia dengan membuat pemerhatian dan analisis terhadap lima tabiat yang dikenali sebagai Tabiat Lazim Sempurna iaitu: amalan solat fardu lima waktu; tahap pemahaman bacaan di dalam solat; cara menunaikan ibadah solat (berjemaah atau bersendiri); kedudukan tulang belakang ketika rukuk; dan keadaan jari kaki ketika sujud, tahiyyat awal dan akhir (sama ada dibengkokkan atau tidak). Hasil kajian yang dijalankan mendapati bahawa amalan bersolat lima waktu secara sempurna dapat meningkatkan ketahanan badan serta menghindarkan risiko penyakit jantung dan kolesterol. Fikiran dan emosi juga akan menjadi lebih tenang apabila individu yang bersolat memahami maksud al-Quran dan zikir.
Bagi solat secara berjemaah, kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa tahap kecergasan mereka meningkat disebabkan berlakunya keseimbangan cas di dalam badan. Amalan rukuk pula telah dibuktikan boleh menghindarkan penyakit tulang belakang dan didapati bahawa amalan membengkokkan kaki ketika sujud dan tahiyyat dapat mengurangkan kolesterol badan serta meningkatkan tisu otot.
Selain itu, amalan sujud yang dilakukan dalam solat juga akan menyebabkan kedudukan kepala berada lebih rendah dari jantung. Ini posisi yang sangat baik untuk mendapatkan kadar denyutan jantung yang sihat. Di samping itu, tarikan graviti akan menyebabkan lebih banyak darah mengalir ke otak untuk membekalkan oksigen yang mencukupi keperluan otak manusia. Sesungguhnya, solat adalah anugerah teragung Allah kepada hambanya. Ia tiang agama mulia dan umat Islam wajib memartabatkan solat sebagai syiar kekuatan Islam. Kini terbukti secara saintifik bahawa solat amalan ideal umat Islam untuk mencapai gaya hidup sihat.
Dengan mengamalkan solat lima waktu secara sempurna, berusaha memahami makna bacaan dalam solat, mengamalkan solat secara berjemaah dan tertib, umat Islam akan mampu menjadi umat terbaik seperti diterangkan Allah SWT di dalam beberapa surah al-Quran.


Renungkanlah..memperkatakan tentang agama bukan seperti berkata tentang logik..sebagai Muslim, kita tidak seharusnya menganggap bahawa isu pengharaman yoga satu noktah bagi segala aktiviti senaman umat Islam. Masih ada banyak lagi senaman yang diiktiraf secara saintifik dan memberi kesan yang positif terhadap kesihatan..ada apa dengan yoga..

5 comments:

Anonymous said...

tu la aku apun heran org skrg ni mcm tu je la altenatif yg ada... jgn ckp sebarng ckp takut ilang akidah tu... dh org kuar fatwa haram, haram la... lg satu dgr dulu betul2 ape yg haram jgn main komen je...

akubulu said...

tul tu mmk..smlm pun dlm paper ada pandangan dr dr apa ntah nama dia pasal yoga ni..

Anonymous said...

akubulu, mana gambar adik iparnya...ckp nak post kat blog lu

Anonymous said...

lg satu yg aku tak puas hati...pak lah pun mcm persoalkan isu ni...

Anonymous said...

bro xkan bz sgt smpai no entry dh... bg la update skit.. hehehehhehe