Thursday, April 2, 2009

the truth is out there..


Shahrir serah surat letak jawatan hari ini


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri Kabinet kepada Perdana Menteri hari ini.


Beliau berkata, surat berkenaan sudah disiapkan kelmarin dan akan diserahkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mesyuarat Kabinet. 

"Saya tiada sesalan sepanjang menjawat jawatan ini, sebaliknya saya gembira. Apa yang penting saya berjaya mengubah kementerian yang sebelum ini lebih dilihat sebagai badan penguat kuasa semata-mata. 

"Kini kementerian ini dilihat bercirikan ekonomi di samping pendekatannya mesra pengguna. Ini (peletakan jawatan) adalah perkara biasa dalam parti apatah lagi bila saya menetapkan prasyarat berada dalam Kabinet adalah sokongan ahli parti. 

"Apabila menteri Kabinet gagal dalam pemilihan, sama ada mereka (menteri) akan digugurkan atau meletak jawatan, itu saja. Amalan ini bukanlah satu yang ganjil kerana sejak di zaman Tun Abdul Razak pun ia sudah diamalkan," katanya di lobi Dewan Negara, semalam.

Khamis lalu, Shahrir yang gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno, memutuskan melepaskan jawatannya sebagai menteri Kabinet.

p.s : patah tumbuh hilang berganti

2 comments:

Marantama said...

Bulu, ternyata kau bukan lagi presss...ku lihat blog orang lain dah suram jer....tp blog kau sentiasa update....

akubulu said...

aku cuba keluar dr kepompong..masuk suku..